Selasa, 29 November 2011

BENDA HIDUP BOLEH BERGERAK

1.Benda hidup boleh bergerak dengan sendiri.
2.Haiwan boleh bergerak dari satu tempat ke tempat
   yang lain.

      Berlari                     Berenang                    Terbang                            Merayap         
 3. Tumbuhan tidak boleh bergerak bebas seperti haiwan.
 4. Hanya sesetengah bahagian tumbuhan boleh bergerak.
 5. Bahagian ini bergerak mengikut rangsangan seperti air 
     dan cahaya matahari.



Pucuk dan akar tumbuhan bergerak perlahan

BENDA HIDUP BERNAFAS

1.BENDA HIDUP BERNAFAS UNTUK MENDAPATKAN UDARA.
2.TANPA UDARA, BENDA HIDUP TIDAK BOLEH BERNAFAS
  DAN AKAN MATI.
Manusia bernafas melalui peparu

Sesetengah haiwan bernafas melalui peparu



3.Ada haiwan boleh bernafas di dalam air.
4.Haiwan ini bernafas melalui insang.

Ikan dan berudu bernafas melalui insang


5.Tumbuhan bernafas melalui daun dan kulit batang
Tumbuhan

Isnin, 21 November 2011

BENDA HIDUP MEMERLUKAN MAKANAN

   1.  Semua benda hidup memerlukan 
        makanan untuk hidup.

   2.   Tanpa makanan, benda hidup
     akan mati.

Manusia makan tumbuhan dan haiwan

Haiwan makan tumbuhan atau haiwan lain

Tumbuhan membuat makanannya sendiri

BENDA HIDUP MEMERLUKAN AIR

  • Semua benda hidup memerlukan 
     air untuk hidup.
  • Tanpa udara benda hidup 
     akan mati.

Manusia minum air

Haiwan minum air

Tumbuhan Menyerap air
Angry Birds -  Busy